Tuesday, 6 July 2021

July 2021, Masih Dalam Pandemik Covid 19

Peace and assalamualaikum~~~

Ape khabar semua? harap elok dan sihat semuanya lah ye, di musim PKP ni. adoiii dah jem sikit otak ni, and mood pun selalu moody dan kelaut sejak PKP 3.0 ni. Yelah , terperap je kat rumah kan, pastu everyday duk ulang rutin yang sama. 

    So, kat rumah ni kami tinggal ber-6 , which is me myself, En boss (been WFH sejak PKP 1.0 haritu ) dan empat orang anak2 kami. Haaaa, lama tak update blog tibe2 dah 4 org anak kan, wooohooo..

Alkisahnya , Encik Boss tu kerja kat Singapura tp Alhamdulillah dibenarkan kerja dari rumah. Adalah die masuk sekali bulan 11 2020 haritu, duduk dalam dua bulan macam tu and dah setelkan hal die kat office tu, die balik semula ke M'sia sebab i nak bersalin haritu bulan 1 . So since then die belum masuk lagi lah, kalau nak kene masuk memang naya jugalah dgn ongkos kuarantin kat sg untuk 3 minggu sekarang ni.

Ok, berbalik pada cerita harini, sebenarnya takde pape pun, saje tetibe terdetik nak update blog sebab dah lama sangat kan tak menulis dan baby pun tengah tidur. Menulis kat sini pun bukan untuk apa2, just more kepada diary. 

Disebabkan dah tepu sgt kan otak di sepanjang PKP ni, so i decided nak set up i punye "workstation". Asyik duk tengok workstation En Boss je, so i pon teringin la juga.  So i ordered lah haritu set meja kerusi dari IKEA,  sambil2 set up 'worstation' untuk the kids sekali. Nanti i update pics wokstation kami yang tak semengah ni. muahaha.

Ummm sehari dua ni i asyik moody je, adakah kerana stress or hormones? I pon tak tau . Masih try my best tuk control my emotion. Mungkin juga dengan melayan anak setiap masa dengan dieorg punye PDPR lagi. I rasalah kan, i penat sebab i kene membebel kat budak2 ni, untuk siapkan homework, to sleep, kemas rumah and etc etc lah.  I ni dulu bukan seorang yang jenis cakap banyak, pendiam orang kata.. bila dah kene banyak bercakap tu, agak stress disitu..hahaha (adakah betul hipotesis ini ? )haha

I bukan komplen ye, i cume meluah..as i said earlier, its more to diary so maybe one day i dah lupa pon moment2 ni semua, so by reading back ape yang i tulis ni, it will remind me of my life stories . 

I sayang anak-anak i...sapelah yang tak sayang anak tu , memang nak kene babat niiiiii...!

Sekarang i tengah cari idea , ape aktiviti yang i boleh buat untuk reducekan i punye stress ni. I am thinking of writing , or buat video macam tu. Let see lah how. Thats all for now

I LOVE MYSELF !! Adios~~~



--------------------------------------------------------


No comments:

Post a Comment