Tuesday, 27 September 2016

Throwback Kelahiran Aidid dan Aidan

Assalamualaikum..

ssss  ssss ssss ( tangah sapu habuk yang bersarang).
Amboi, lama sangat dah tinggalkan blog ni. huhu

Dari anak sorang, sekarang nak masuk anak ke-3 dah.
Kesian anak yang kedua, kurang pulak perhatiannye..:D
Papepon, mama sayang both of you.

Ni nak introduce anak 2nd kejap.


Ini Aidan Firdaus, anak jatey yg no-2.. lahir pada 15/06/2014 yg lepas lepas.

Yg ini lahir dekat Columbia Asia Nusajaya, saje2 je nak try tukar environment kononnye. 
Anak yang ini memang TEPEK muka Dedi die.huhu.
Mama dapatlah sikit tang bulu mata , panjang dan melentiks ok..Bila Jawa beralis panjang,.hahaha
Nanti mama akan update lagi pics Aidan ok! Muah 


Ok, at the moment, saya tengah mengandungkan anak yang ke-3.. and which is going to be BOY again.
Yeeehaaaa, BoBoiBoy kuasa 3 la ye kite. Ha, sape geng sini?
Kempunan sangat dengan baby girl, tapi mungkin ada hikmahnya kat sini which Allah saja yang tahu.
Tapi yang penting, Production will still be going on . Manalah tahu, kalau2 ada rezeki Allah nak bagi baby Girl pulak kan..Boleh la buat teman mama kat dapur dan having girls talk. hehe, angan2 tu biar tinggi, semoga jadi kenyataan, aminn..


Alright, sekarang kandungan dah masuk 28 minggu . Dari mula pregant, memang check up dekat klinik berhampiran dengan kampung hubby(Pontian Kechil) , dekat Klinik Dr.Halizah.
Cume bila dah dekat nak due ni, kene decide nak bersalin kat mana, so tanpa hesitationnya, telah membuat keputusan untuk bersalin lagi sekali di Hospital Penawar pasir Gudang. Entahlah kenapa pilih situ, cume masa lepas lahirkan Aidid dulu, hati dah berkenan kat sana, Mungkin sebab aman sikit kot dan lebih dekat dengan my family. A little bit less orang kan.. Kalau kat Hospital besar2 ni, orang ramai..huhu
Dan lagi satu reason adalah sebab doktornya, Dr Hasmah. She such a very nice person. 

Last week first time pergi buat check up dekat Penawar Pasir Gudang dan of course, saya pilih Dr.Asmah again. First time buat check up kat sini, Dr buat 4D scanning cuz nak tengok condition baby semua. Alhamdulillah, baby sihat xde ape2 kecacatan. 
Dah tak ingat berapa kos check up kat sini dalam 4 tahun lepas, tapi kali ni for first time check up kenalah dalam RM3++.00 camtu (consultation fees dan scanning sahaja). Tapi doctor cakap its ok kalau nak continue check up dekat klinik biasa. Pheww..

OK, lepastu terus book bersalin, bayar RM100 dan dapat goody bag, which it was much better dan cantik dari masa dapat untuk anak pertama dulu. hehe

Pakej nya dari RM2499.00* untuk 6 bedded.  
Harap2 masa nak bersalin nanti ada lah single bedded yang available. Bukan ape, nanti senang suami nak teman dan keluarga nak menziarah. Takda lah menggangu orang sebelah nanti ye?? 

Masa lahirkan anak 1st dulu, amik yg pakej tu juga which is 6 bedded. Yang jadi x best nye, bercampur2 pesakitnya. Bukan mak2 bersalin je, pakcik2 yang sakit ape pon ade dekat situ. Memang tak convenience habes. Pastu bila kita minta nurse bawakan baby ke katil, nanti diaorg tak bagi. Reason : kat situ ada orang dengan macam2 sakit. Nanti effect kat baby. Huhu. 
Pastu bila kita datang nak tengok dan susukan baby, dieorang dah susukan baby guna botol. Resultnya, sampai ke sudah baby xnak BF l. Dah la masa tu anak 1st kan.
Jadi x dapatlah nak merasa BF kan baby 1st.
Pam --> masuk botol --> baru baby minum. 
BerHuhuhu la lagi.

Alhamdulillah, masa lahirkan Aidan dekat Columbia Asia Nusajaya , kiteorg dapat double bedded room. Tak dapat nak amik single bedded room sebab dah full. 
Lebih selesa sebab hubby pon boleh teman for the whole 2 nights sebab ruang die yang lebih besar dan comfortable. Dan dieorg pon encourage BF . Kalau baby lapar under jagaan mereka, dieorang akan sudukan je baby tu. Dan siap ajar macam mana nak BF kan baby. nice kan ? 
Masa lahirkan Aidan, kami memilih Gynae Dr Rohaini Md jonit. 
Phewww, Dr ni memang pilihan ramai sebab die satu2 nya Gynae Perempuan Muslim dekat sini. Kalau buat appointment dengan die, memang berjam2 lah menunggu turn. Sebab die pilihan ramai kan. May Allah bless her always. 

So, itulah kesahnye cerita2 kelahiran anak2. ok, sampai disini dulu. Lepas ni nak upload pic anak2 pulak. hehe.
Adiosss!!











No comments:

Post a Comment