Monday, 5 November 2012

40 weeks of pregnancy

Salam buat diri sendiri and semua.

Esok bakal genap 40 minggu Tun Teja mengandung and esok juga ade appointment lagi dgn Dr Hasmah . Condition pada ketika ini tak berapa nak baik. Bukannya apa, sebab penat lebih sikit.

Kaki dah bengkak semacam jer, berjalan pon dah tak berapa nak larat, tp disebabkan Tun Teja ni seorang yg suka berjalan, walaumcm mana sarat and penat pun, still nak kuar berjalan2 and memenatkan diri sendiri..hehe.

Tadi siang pergi teman dedi aidid pg majlis konvo adik die kat UTHM di batu pahat. Cuaca nye x bape nak elok, panas terik walaupun lepas ujan.

Sebenarnya Tun Teja ni dah tak sabar menunggu ketibaan si kecil. Tapi entah kenapa xde lagi tanda2 besar yg si kecil ni akan kuar. Cuma dalam bebape hari ni Tun Teja amat kerap buang air besar and air kecik. Rasanya itu antara tanda-2 hampir nak bersalin kot kan..

Tun Teja ni dah tak larat sampai kekadang tu nangis sebab kepenatan.. Mujur dedi seorg yg penyabar and memahami. Kalau Tun Teja penat, dedi yg tolong urutkan kaki dan badan. Thank you dedi, I love you so much..

Sekarang ni Tun Teja mengalami 1 sindrom iaitu takut nak tido malam. Takut nak tido disebabkan ketidakselesaan yg melampau dgn badan sendiri. Pusing kanan tak betul, pusing kiri tak betul, menelentang pun tak betul juga. kalau Tun Teja terjaga malam je, mesti dah susah nak tido and terpaksa cuba tidur dalam keadaan duduk dalam sejam++ sebelum ngantuk betul-betul and sambung baring. Tak sanggup nak berbaring sebab nanti pinggangnye sakiittt sgt..huhu..

Sekarang dah pukul 12am++ tapi still tak berani nak berbaring.. Cabaran buat bakal and seorang ibu..

Semoga anak mama kat dalam ni sihat, mama tak kisah dah bila anak mama ni nak keluar jumpa mama and dedi asalkan anak mama ni sihat kat dalam.. Sesungguhnya penantian itu memang satu penyeksaan, jadi mama dah berserah . Sesungguhnya Allah dah tetapkan bila anak mama akan melihat dunia yg fana ini.. Mama tunggu ok..

*** Maaf le, tetiba malam ni Tun Teja tangkap blues plak..hehe, nape entah tetibe jek,,layankan aje ok..

P/s : Kalau aidid belum kuar lagi esok, mama and dedi dah rancang nak pergi survey Myvi tuk mama..hehe. (insyaAllah...klu x,berangan jep)   :D

No comments:

Post a Comment