Tuesday, 24 July 2012

24 Julai 2012

Hari ni hari ke empat berpuasa di bulan ramadhan.. Dulu-dulu sorang2 je tapi skrg dah berdua, nak masuk bertiga dah pun..hehe

Kandungan dah genap 6 bulan, dan berat badan pun semakinlah bertambah2..dah 59kg skrg.. :D weeeeee lagi 3 months to go. Agak2nye dlm 3 bulan tu bape la agaknye berat bertambah lagi..Aku sudah chubby..weeeeeeeeeeeeee..!! 

Baby aktif kat dlm peyut mama, selalu mama kene kick..Papa pun suka letak tangan kat peyut mama, nak rasa kick stylo dr baby.. Memang cayalah sama anak mama yg bakal lahir ni..buat mama die ni makin rindu nak tgk raut wajah anak mama dari percampuran dua kerajaan Fiji + Jawa ni. ( Fiji tu aku, jawe tu asben aku) :p

Esok start cuti , aku n asben amik cuti same-same 3 hari, campur sabtu ahad jadilah 5 hari cuti.Bestnye..!
Insyallah esok nak pegi wat check up and scanning kat DEMC Shah Alam buat pertama kali . Asben nak suh deliver kat sane katenye, sbb dlm observation die, kat sane ramai Dr pompuan and mostly ibu2 bersalin normal.. Yelah, kat ospital private lain,based on observation done by him , banyak kes operate je..huhu..
Aku mau bersalin normal, mcm mak aku..Ok je die beranak sampai 6 org ,semuanye normal..

Insyallah esok dapat tau la kot tgk jantina anak mama ni ( esok baby jgn kepit2 tau,jgn shy2 cat, nnti xdpt tgk 'itu' nye..hehe) Ramai yg teka anak aku ni perempuan.. Jeng jeng jeng..klu betul pompuan, cik asben sukalah tu..tp klu anak laki, aku suke jugee...dua2 boleh, asalkan die sempurna cukup sifat, sihat dan cumil macam mama die ni... Perasan lak aku, kiddin je :p

**p/s arinih dtg keje awal seawal 7am (masuk keje 8.30) sbb asben rinih disuruh masuk pagi kul 7.30am.. :p

Tuesday, 17 July 2012

Perubahan Kulit Semasa Hamil / Pregnancy



Semasa mengandung, berlaku beberapa perubahan pada kulit akibat perubahan dalam kadar hormon badan seseorang ibu itu. Ada yang mendapati kulit mereka menjadi lebih berminyak dan ada yang lebih kering. Begitu juga, ada pesakit eczema yang mendapati penyakit mereka itu bertambah buruk dan ada juga yang semakin baik.

Chloasma
Tanda-tanda hitam atau gelap berlaku pada permukaan kulit muka. Chloasma berlaku kerana pertambahan pigmen kulit bernama melanin. Selain daripada itu, puting buah dada juga menjadi lebih gelap berbanding biasa. Ada ibu yang mendapati satu garisan gelap yang terbentuk mulai dari pusat mereka ke bawah. Ini dinamakan linea nigra.


Keadaan ini juga berlaku semasa kedatangan haid pada sesetengah orang. Selalunya tanda-tanda ini akan hilang selepas melahirkan bayi.


Pengambilan Evening Primrose Oil mungkin boleh membantu.


Kulit berminyak
Kulit semakin berminyak dan jerawat menjadi semakin teruk adalah disebabkan kandungan progesterone yang meningkat semasa mengandung. Langkah-langkah yang perlu dilakukan termasuklah mencuci muka dengan lebih kerap. Penggunaan ubatan luaran adalah selamat. Antara produk yang baik ialah pencuci muka dan gel yang mengandungi bahan-bahan yang diperbuat dari sumber asli tea tree oil. (Pokok tea tree ini banyak di Australia dan ia didapati baik untuk mengawal kuman dsb. Ada beberapa persediaan di pasaran).

Kulit kering
Kulit menjadi lebih kering terutamanya di bahagian perut. Sekiranya ia semakin teruk ia boleh menyebabkan ibu merasa gatal di bahagian berkenaan. Pengambilan makanan tambahan seperti Evening Primrose Oil sangat digalakkan. Anda juga boleh menyapu krim pelembap selepas mandi atau menggunakan baby oil.

Stretch mark
Regangan yang berlaku semasa mengandung akan surut selepas melahirkan bayi. Bila ini berlaku kulit di bahagian perut akan membentuk jaluran dan parut yang dikenali sebagai stretch mark. Ia juga boleh berlaku pada buah dada, peha, bahagian punggung dan tangan. Keadaan ini boleh dielakkan dengan mengawal kenaikan berat badan semasa mengandung. Selain daripada itu krim daripada calendula atau cocoa butter mungkin boleh membantu. Anda juga boleh menggunakan gel-gel slimming yang banyak dipasaran selepas melahirkan anak. Gel seperti ini membantu membakar lemak di samping membuang kesan-kesan stretch mark.

Thursday, 12 July 2012

Kecelaruan Identiti / split personality / DID


Assalamualaikum.. dan salam Pantai Timur ( aku kan org pantai timur )

Kecelaruan personaliti (split personality) atau  disebut "Dissociative identity disorder" merupakan salah satu diagnosis psikiatri dan menerangkan keadaan dimana seseorang itu memaparkan identiti yang berbeza atau personaliti yang berbeza. Kecelaruan personaliti ini merupakan salah satu daripada penyakit psikologi. Kecelaruan personaliti dalam maksud mudah ialah apabila seseorang mempunyai dua atau lebih personaliti dalam masa yang berbeza. Kadangkala mereka akan muncul baik, dan tanpa sebarang amaran mereka akan berubah menjadi seorang yang negatif.

Kecelaruan personaliti ini boleh dibahagikan kepada empat iaitu :

Pertama: Ciri-ciri Personaliti Pradominan: Ganjil dan Esentrik

1.Kecelaruan Paranoid - memaparkan tingkah laku ganjil seperti mengesyaki org lain, tidak mempercayai orang, sensitif dan selalu menyalahkan org lain.

2. Kecelaruan personaliti skidzoid - ketidakpusan hati dalam membentuk hubungan emosi yg baik dengan orang lain dan mempunyai beberapa kawan rapat yang terpilih yang tidak ramai.

3. Kecelaruan Personaliti Skizotipal - menunjukkan gaya komunikasi , fikiran dan aksi yang aneh . Individu ini sering memencil diri daripada berinteraksi sosial, tidak banyak mengadakan hubungan peribadi yg bermakna, mengelak diri drp berinteraksi, sensitif, pentingkan diri dan pertuturan juga tidak jelas .

4. Kecelaruan personaliti pengelakkan - satu kecelaruan yang menjelaskan tentang seseorang individu yang sering mengelak daripada mengadakan hubungan intim kerana bimbang ia tidak akan diterima oleh orang-orang tertentu.



Terdapat banyak punca terjadinya kecelaruan personaliti ini , antaranya ialah :

- Faktor biologi -  
genetik, ketidakseimbangan hormon dan pemakanan.

- Faktor pembelajaran serta proses pelaziman yang tidak sesuai. (hasil didikan ibu bapa yg x bape nak betul lah nih kot )

- Faktor Psikososial - 
kejadian trauma pada zaman kanak-kanak seperti dipukul, kemalangan atau kematian ibu bapa. Pengalamann ini akan menyebabkan satu trauma psikologi yang tidak mudah luput. Tekanan hidup lazimnya akan menyebabkan trauma yang dialami pada masa yang lampau itu timbul semula.


sumber : wikipedia



copied from : http://ceritasekupang.blogspot.com


Gamble to Cameron Highland

Gamble to Cameron Highland


Semalam pegi Cameron Highland,, Ngeh3x .. Syok jejalan ngan baby besar .
Mak and pak mentua aku dtg KL, and my hubby memang dah buat plan awal2 ngan adik die nak bawa dieorg pegi tapi bab tempat tinggal sume tu mmg kosong lagilah . kiranye xde persiapan terperinci sgt. 
Main gamble je pegi . 


Aku mcm biasa dengan sandwich aku. Xtaulah ade org mkn ke idak. For back up only ma..




jap nak smbung wat email.



Nanti sambung lagik...

Wednesday, 11 July 2012

Perut Cramp - 22 weeks pregnant




 Semalam terpaksa amik MC, sebab tetibe perut cramp. 
Mak aihh crampnye semacam je kat belah kiri tu. Selalu juga baby mengeras sebelah kiri, tp pagi tu memang semacam je kerasnya. Berdenyut2 lagik tu .

Time sakit tu, mula-mula ingatkan mimpi ke ape, tp bile tersedar rupanye memang sakit betul. Tengok jam baru pukul 5.30 pg. pusing kanan salah, pusing kiri salah, terlentang pun semua rasa semua posisi x selesa. Saket..huhu. Goyang badan hubby kat sebelah, tersedar juga die sekejap, sempat juga die tolong usap2 perut and belakang tapi......tetibe tgn die dah berenti bergerak. Laaa dia tertido dah rupenye..

Perut masih saket time tu, huhu sabo ajelah. Pejam je mata cube tido ( x tido pun ),, Dalam 6.30 gitu kejut hubby bangun pegi keje. Cakap ngan hubby nak MC rinih, x larat nak pegi keje camni . Hubby kate Ok, and die pegi keje dulu, klu ade ape2 kol.. " Baik" kateku.

Dalam hati sonok dapat amik MC..hik hik. SMS TL, kate nak MC rinih, perut cramp, pastu die reply balik 'sms doesn't allowed, please call "., Aiyyo, bab kol yg malas ni. Dah la pepagi, suara pun tgh merdu gitu..auww..hik hik. fuhh nasib baik die x soal banyak time kol tu. 

Hubby dah pegi keje, so duduklah sorg2 kat bawah tengok tibi . nak bangun wat sarapan pun x larat lagi,, klu jalan, macam kura-kura patah kaki tu ( pelan-pelan) .. baik baring je, sambil ngunyah coco crunch . 

Duk pikir apelah puncanye ek. lagipon malam td makan seulas durian. xkan kot.... Ke sebab berjalan jauh ..
Tepon ma, tanye ape agaknye punca leh jadi camni. Ma kate mungkin sebab banyak berjalan jauh  ( naik kete lame2) . Emm aku pon setuju gak tu, mungkin juga, sebab sabtu ahad semalam kan pegi Cameron Highland.  . ( Syok tu =D )
Agaknye bergegar kot. Nasib baik xde pape sebab ma kate dulu die sampai keluar darah ketul2 time perut cramp, siap kene masuk ward beberapa hari.. Fuhh lega ple bila aku xdelah sampai camtu .

Dalam pkul 11 lebih gitu, cramp dah makin OK,.Alhamdulillah.. Akhirnya..

Balance hari itu aku telah menjadi Suri rumah yg x bertauliah..Hehe
Ape lagi ,Masak ayam masak merah dan bubur jagung sebagai menu makan malam. 

Friday, 6 July 2012

TV Baru



Semalam tanpa dirancang 'sangat', abes kerja tetibe hubby ajak cari TV baru. Dengar pon dah syok, so ape lagi...Jommmmmm.. kami heading to Jusco kat IOI Mall  Puchong . Jalan jem sket, biasalah kan kalau takde jem memang tak sah area sinih. Dah sampai tuh, blinking2 pula mate ni nak pilih yg mana. ayyoo manya pilihan tuuu..

Lastly, final decison..jeng jeng jeng..hati terpaut kat Samsung LED 5 series tu..Sebabnye, die punye specs nice and price pon memang affordable . Dapat discount RM100 lagi..auww.. bab discount tu memang I suka u..

Lepas dapat tibi pilihan hati, cari plak tibi rack... Hubby pom memang kekadang kaki sopping jugek...Memang best lah..


Monday, 2 July 2012

Xde pape pon

Dah tengah malam , mata belum ngantuk sebab petang tadi dah tido banyak. Berjaga lah sorang2 nampaknye. Hubby dah tido, susah betul dia nak tido tapi kene paksa dia tido sebabbb 2.30 nanti nak bangun tengok bola ( kan final malam ni )huhu..hubby sorang je tengok, takdanye saya nak join, tido lagi best kot..hik hik. So malam ni teman hubby tido depan tv lagik..

Emm baby pon tak mau tido lagik , dari tadi duk tengah ber exercise kat dalam. Aktif betul anak mama nih..

Haa, niat sebenar update blog arini sebab nak bgtau tadi dinner masak rendang ayam..makna dengan roti..kekeke..
Sedap la juga, ade juga bau rendang nye tu.. cik hubby kata dah boleh start raye..hehe.

Resepi rendang cilok daripada http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com/2010/04/rendang-ayam-resepi-kak-liza.html ..